- Kenapa pilih bisnes ni?
Permintaan dalam lappy sentiasa ada sepanjang masa lebih-lebih lagi Malaysia sedang melangkah sebagai negara maju. Justeru,lappy juga turut berubah bagi memenuhi kehendak semasa dan dalam masa yang sama saya melihat pasaran untuk bidang ini sangat luas di Malaysia.Saya mempunyai cita-cita untuk mempunyai kilang lappy sendiri suatu hari nanti. Impian saya untuk menjadi pembekal lappy dan meletakkan jenama saya antara jenama terkenal di Malaysia. Justeru saya menjadikan kedai lappy ini sebagai satu platform untuk saya bereksperimen tentang gaya yang sesuai untuk remaja zaman kini sebelum menjadi pemborong bagi koleksi itu sendiri.
· Produk yg Della fokuskan
Di lappydella saya menyediakan pilihan lappy untuk dua golongan berbeza iaitu golongan berkerjaya dan juga Remaja. Walaubagaimanapun lappydella lebih dikenali dengan rekaan terkini yang ceria dan berwarna-warni.
· Strategi pemasaran yg digunakan? Cth ; blog..
Saya percaya kepada kuasa pemasaran yang lebih dikenali sebagai “word of mouth marketing”. Oleh itu saya sentiasa berusaha memenuhi permintaan pelanggan secara terperinci. Saya memberi peluang pelanggan menyuarakan pendapat yang mereka hendaki serta berusaha memberi layanan terbaik terhadap pelanggan yang membeli secara online atau datang terus ke butik.Saya percaya seorang pelanggan yang berpuas hati akan terus datang ke kedai saya bagi berurus niaga dan dalam masa yang sama akan memberitahu rakan-rakan mereka tentang servis kami. Walaupun kos pemasaran yang agak mahal yan mana mencecah ribuan ringgit untuk hanya 2-3 muka surat namun melihat kepada kesan jangka masa panjang pelaburan ini sangat berbaloi untuk kedai yang baru seperti saya. Saya bertuah mempunya ramai rakan yang sanggup membantu saya mempergayakan rekaan saya tanpa saya perlu berbelanjan besar.